April 30, 2013

Bismillahhirrohmanirrohim





Ya Allah Ampunkanlah dosa-dosaku sebelum ini & kini ku ingin berubah..
Sesungguhnya ku hanyalah manusia biasa.

Ya Allah Kau jauhkanlah perkara negatif daripada ku..
Sesungguhnya ku hanyalah hambamu yang tidak sempurna.

In sha Allah masih ada masa.



Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:
  قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
“Katakanlah: “Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)


April 29, 2013

Random


Assalamualaikum wbt


HAMSTER

Semalam beli sepasang hamsters yang sangat cute (putih coklat) & sangkar yang ada taman gelongsor untuk bermain. So far alhamdulillah mereka tidak senakal yang dijangka. Okay hamsters makan sangatlah comel (pegang bertih jagung guna dua tangan)!! Suka sangat tidur dekat gelongsor. Rasa macam nak cubit-cubit (tapi taklah sekejam tu haha). Sleep well my adorable hamsters.

BOLA EPL

Bagiku setiap masa musim bola & match Arsenal-MU baru je habis. Tiap kali ada match mesti TL twitter penuh dengan bola. Tidakku sokong siapa-siapa (universal). Bola ni memang ramai sangat orang layan terutamanya lelaki. Bagi perempuan yg dapat teman lelaki mcm tu, bersabar lah ye. Apa salahnya sokong sekali kan? Janganlah asyik merajuk kalau teman lelaki tak layan. Just chill kay. Si lelaki pun jangan lupa teman perempuan ye. Okay dah macam doktor cinta dah -.- Go go Malaysia (tetiba)!!

POLITIK

Tidakku berani sangat bercakap ttg ini. Tapi sekarang memang musim mengundi. Lagu dekat iklan tv pun dah boleh hafal (okay malu) hahaha. Marilah kita berlawan secara sihat wahai warga Malaysia. Lupakan segala hasad dengki & masing-masing perlu betulkan niat yang baik. Mari kita berbakti pada negara In sha Allah.

NOVEL

Baru habis baca novel "The best of me-Nicholas Sparks". Cerita sedih tapi sangat romantik. Tidakku sangka hero yang seperti itu wujud. In sha Allah masih ada lagi. Takkan melayu hilang di dunia (Padahal cerita omputih tau Chu ish-ish). Berbaloi beli. Should have a try!!

JODOH AWAL

Ini bukan gatal cuma lumrah kehidupan. Semakin meningkat usia semakin banyaklah tunang segala. Alhamdulillah beberapa kawanku ada yang dah tunang & bakal kahwin pun ada. Baguslah semua ni dapat elakkan drpda perkara yang negatif. Ku tahu ada yang sedih sangat pasal jodoh semua. Jangan risau. The time will come sooner or later. Allah swt has planned the best for you. Bentuklah diri anda menjadi yang lebih baik untuk pasangan pada masa hadapan In sha Allah :)




“In three words I can sum up everything I've learned about life: it goes on.” 





April 28, 2013

Kadang-kadang


Kadang-kadang rasa sedih
Kadang-kadang rasa sunyi
Kadang-kadang rasa rendah diri
Kadang-kadang rasa nak jauhkan diri
Kadang-kadang rasa terbiar
Kadang-kadang rasa nak padam semua sosial akaun (Twitter & Facebook)
Kadang-kadang rasa nak duduk dalam gua 54 hari
Kadang-kadang rasa nak jalan sendiri tepi pantai
Kadang-kadang rasa nak berdiri dekat puncak sendirian

Tapi semua tu kadang-kadang je...

Terima kasih kpd kawanku Aisyah & lain-lain  kerana buatkan kadang-kadang itu hilang. Terima kasih Ya Allah.