August 24, 2013

Hi Hay-lo Hello!!


Assalamualaikum wbt & Salam Syawal 1 Malaysia

Apa pun masih tak terlambat lagi kan nak wish hari raya? So..


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MINTA MAAF ZAHIR DAN BATIN!!! (Ikhlas tau ni)


Banyak sangat sambutan dkt Malaysia ni sampai dah masuk bulan kemerdekaan dan disebakan terlampau cepat masa berlalu *tuptaptuptap* cuti panjangku sudah hampir ke penghujungnya. Sedih la macam ni, lagi seminggu je lagi, nak cuti lagi, Tan Sri Najib kasila cuti lagi (Eh over plak hehehe)

Alhamdulillah saya dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang doktor pergigian (dentistry) di Uitm Shah Alam, selama 5 tahun. 5 TAHUN WEH!! Fuh nak tgk gigi orang punya pasal sampai sanggup kahwin lambat. Eh kahwin? Calon pun xde lagi hahahahaha Ok

Harap-harap semuanya akan berjalan dengan lancar selama 5 tahun akan datang, amin InsyaAllah!

Harap-harap ada masa free nak update blog!



 A new beginning. And things will change.” 
― Taylor Swift



May 17, 2013

Puncak Alam Till we meet again!

Hi.

Ini semua sedikit gambar (pilih sesukahati je)

Sebagai kenangan manis selama ku di Uitm Puncak Alam (Asasi).

Semoga persahabatan kita akan kekal selamanya In sha Allah & sentiasa akan merinduimu Puncak Alam!!
















   



Credit to Ili, Era he he xoxo




May 10, 2013

Exam result Asasi Puncak Alam


Assalamualaikum wbt,


Semalam, 9 Mei ialah hari yang ditunggu oleh semua pelajar asasi uitm iaitu keputusan peperiksaan Sem II diumumkan. Keputusan yang sangat penting untuk masa depan. Sangat.


Alhamdulillah Ya Allah terima kasih kerana murahkan rezekiku. Terima kasih. Bersyukur & tersenyum ku melihat keputusan yang mampu membantu capai cita-citaku yang setinggi langit tu. (Takdala sampai ke langit pun hahaha). Mungkin akan membantu masa depan semua orang.


Buat kawan yang berjaya, Syabas. Teruskan usaha menimba banyak ilmu walaupun kita tidak dijodohkan untuk belajar bersama lagi. Okay ini sedih :( Dah bagus jangan sombong nanti Tuhan marah #notetoselfalso


Buat kawan yang bukan tak berjaya, tapi belum berjaya, Jangan give up! Ada hikmah disebalik semuanya. Tuhan telah merancang yang terbaik untuk kita semua. Percayalah pada rancanganNya. Mungkin selepas ni giliran anda pula untuk berjaya? In sha Allah.



Lumrah hidup manusia, kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah. Hidup kan macam roda!